Pages

Saturday, February 23, 2013

Untuk Dia~



Dear You,
Ku ingin kau tahu bahawasanya aku menyintaimu sepenuh jiwaku,
Namun aku khuatir cintaku kepadamu melebihi cintaku kepadaNYA,
Aku bimbang dengan perhubungan yang berlebihan,
Aku ingin hubungan yang suci & dibawah rahmatNYA.

Dear You,
Aku dambakan kebahagiaan yang hakiki,
Ku impikan cinta yang sejati,
Ku idamkan hubungan yang dirahmatiNYA,
Ku ingin mencintaimu, menyayangimu & merinduimu kerana Allah,

Dear You,
Aku ingin kau menjadi seorang yang soleh,
Agar kau mampu membimbingku menjadi solehah,
Kerana aku ingin menjadi isteri yang solehah,
Aku ingin kau mencintai ALLAH dan Rasul sebelum mencintaiku,
Aku ingin kau merindui syahid di jalanNYA,
Agar aku bisa menjadi bidadarimu di syurga.

Dear You,
Ikhlas dari lubuk hatiku ini,
Aku hanya inginkan dirimu dipenuhi cinta untuk ALLAH s.w.t.,
Kerana aku ingin menjadi pemaisuri hidupmu di dunia & juga di akhirat, InsyaAllah..

Dear You,
Aku ingin menjadi tulang rusuk kiri yang teguh untukmu,
Aku ingin menjadi srikandi yang sentiasa berada di sisimu,
Oleh itu, aku mengharapkan bantuanmu,
Bimbinglah aku menjadi hamba yang taat padaNYA,
Bimbinglah aku menjadi yang terbaik untuk keluarga kita,
Bantulah aku mencapai reda ilahi,
Pimpinlah aku menjadi insan yang membawamu kearah cintaNYA,




# Bercintalah kamu semahunya, namun jangan lupa cintamu kepadaNYA.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...