Pages

Sunday, February 24, 2013

Kembali Terjalin~


















Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberikan peluang untuk melaksanakan tugas harian kita sebagai hamba kepada-Nya & khalifah di atas muka bumi ini. Terlalu banyak nikmat yang diberi kepada kita; nikmat kesihatan, kekuatan, rezeki & pelbagai nikmat lain supaya kita menjadi hamba-Nya yang taat & bertaqwa. Thank You Allah.

Hari ini aku rasa sangat gembira menerima khabar berita mengatakan ayah aku dah berbaik semula dengan adik-beradik yang lain. Syukur alhamdulillah ya Allah atas kurniaan-Mu ini. Setelah hampir 15 tahun hubungan kekeluargaan terputus, akhirnya kembali terjalin. Thank You Allah kerana membuka & melembutkan hati-hati mereka dengan mengenepikan ego masing-masing, demi mengembalikan hubungan silaturahim antara mereka. 

Ya memang benar, setiap sesuatu kejadian itu berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya. Siapa sangka dengan pemergian pakcik aku (adik tiri ayah aku yang ke-empat) ke Rahmatullah dua hari yang lalu, hubungan antara ayah dengan adik kandung & adik-beradik tiri yang lain kembali berbaik. Mereka saling bermaafan, berpelukan & menangis di depan jenazah arwah. Aku tak dapat bayangkan macam mana keadaan dorang masa tue. Kalau laa aku ada masa tue, mesti aku akan turut rasa sedih, menangis terharu melihat dorang berbaik semula. Tapi sayang aku tak dapat pegi sama. Hanya mampu mendengar perkhabaran dari jaohh.

Aku percaya, walaupun sebelum ni hubungan mereka terputus, tapi hati mereka tidak boleh menafikan kehadiran darah daging. Semoga hubungan ini akan kekal & bertambah erat dari sebelumnya. Sesungguhnya tali persaudaraan tidak akan putus selama-lamanya. Ini laa pertalian istimewa  yang terjalin antara adik-beradik. InsyaAllah akan bertambah eratlaa hbgn kami sekeluarga.

Thank You Allah atas kurniaan-Mu ini. Sangat bersyukur atas segalanya. Sungguh aku rindu dengan mereka. Bertahun tak bersua, lama tak berkumpul ramai-ramai, saling berkunjungan, bergotong -royong bersama...InsyaAllah raya tahun ni, semua ahli keluarga akan dapat berkumpul bersama. :) Rindu mo bercerita dengan abg2 & akak2 sepupu macam dulu2..mo beramah-mesra & bergurau-senda dengan adik2 sepupu yang semuanya dah besar panjang sekarang ni..bermain dengan anak-anak buah..hmm juga mo berkenal-kenalan dengan adik abg ipar sebelah bapa & mak saudara tue.. Miss them so much!! Semoga hubungan persaudaraan kita akan kekal hingga ke Syurga, dengan izin ALLAH. :)



"Tidak akan sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri". (Riwayat Bukhari & Muslim)







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...