Ya Allah,
yang membolak-balikkan hati kami..
Selama ini aku tidak pernah tahu bagaimana
rasanya bercinta
namun ku berharap
bila cinta hadir menyapaku
aku tidak akan kehilangan Engkau
Ya Allah,
Selama ini aku hanya berharap
Semoga dapat mencintai
Orang yang memiliki cinta yang
luar biasa pada Mu
Ya Allah,
Selama ini aku juga berharap
Semoga akan dicintai
Oleh orang yang dapat mengarahkanku
Menuju keredaan-Mu
Pintaku Ya Allah,
Izinkan aku memiliki rasa ini
Hingga ia menjadi indah di dada kami
Tanpa mengurangi rasa cinta kami..
Pada-Mu
Aku Jatuh Cinta~ |
Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga buku ni. Sangat happy! Setelah sekian lama mencari, at last dapatlah juga dimiliki. Hehe. Buku yang bertajuk 'Ya Allah, Aku Jatuh Cinta' ini memberi bacaan alternatif kepada para remaja tentang perbahasan yang paling disukai ramai iaitu CINTA.
Ia boleh dijadikan panduan kepada sesiapa pun yang pernah, tengah atau akan bercinta agar cinta tidak disalahfaham menjadi medan menebar pesona & dosa. In Sya Allah, sesiapa saja yang membaca buku ni akan bisa melihat cinta secara lebih bermatlamat & tidak tersilap langkah dalam menilai erti cinta. Semoga kita semua senantiasa dalam naungan-Nya. Aaamin.
"Teguklah madu-madu cinta dengan berlandaskan syariat Islam. Jadikanlah hati-hati yang diselubungi cinta indah di dada tanpa mengurangkan rasa cinta pada-Mu ya Rabbi..."
No comments:
Post a Comment