Pages

Monday, April 1, 2013

Destinasi Syurga ~ Normarini Yaacob








Alhamdulillah. Malam yang sungguh tenang. Aku baru sahaja selesai membaca sebuah buku islamik bertajuk 'Destinasi Syurga' terbitan BSP. Alhamdulillah, bingkisan ini sangat bermanfaat. Bukan sekadar cerita cinta biasa..tetapi ia juga membicarakan soal hati, jiwa & perasaan manusia. :)

Bertepatan dengan tajuk yang diberi 'Destinasi Syurga',buku ini memberi rasa keinsafan & kesedaran kepada muslimin & muslimat dalam mengecapi kebahagiaan hidup di dunia & akhirat juga  memperolehi cinta yang abadi kepada yang Maha Agung, In sya Allah ta'ala.  
Sememangnya buku ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan kepada sesiapa saja yang ingin mendapatkan tips & panduan dalam mencari kebahagiaan & meraih cinta sejati di dunia juga di akhirat.






Cinta Allah..
Mutiara yang agung & suci
Permulaan rentak diri insani
Menyemai rasa tawaduk & rabbani
Lahirlah akhlak mahmudah yang sejati..

Cinta Allah..
Bukan mainan hati & perasaan 
Tetapi kewajipan yang harus dilaksanakan
Bermujahadah melawan nafsu durjana
Melawan syaitan musuh utama..

Cinta Allah..
Perlu ada istiqamah
Pertahankan kekuatan rohani & jasmani
Hati perlu tenang menahan godaan
Agar terbentuk jati diri hakiki

Merebut cinta Allah...
Khazanah pengorbanan suci
Bekalan iman & taqwa
Buat menyusuri
JANNAH FIRDAUSI



"Pasti akan mendapat cintaKu orang-orang yang cinta-mencintai kerana Aku, saling kunjung-mengunjungi kerana Aku, dan saling memberi kerana Aku."
...(Hadis Qudsi)..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...