Pages

Friday, December 20, 2013

Mengejar Cinta-Nya







Sukarnya menjadi pencinta yang setia, mencintai Dia yang memberikan cinta. Kasih sayang-Nya sentiasa menyelimuti diri, namun Tuhan yang tidak kelihatan membuatkan diri sering terleka & lupa akan segala nikmat-Nya.

"Allahu Akbar! Akbar!"

Untuk kesekian kalinya suara azan memanggil menyembah Tuhan Yang Esa. Namun pada waktu itulah nafsu bertarung, sama ada ingin terus melekat dengan cinta dunia, atau bangkit mengejar cinta-Nya. Ada yang sedang berjual-beli, dengan cara jual belinya. Ada yang sedang melayan Facebook, dengan cara mereka pula. Masing-masing dengan cara tersendiri, bagaimana kita ini tanpa sedar sedang meminggirkan cinta Ilahi.

Lalu di mana Allah di hati kita?


Berhenti Sebentar

Suara azan kedengaran. Untuk kita yang sedang melayari Facebook, apa reaksi kita? Memilih untuk berhenti dan menyahut seruan Tuhan, atau meneruskan aktiviti kita sambil hati terus menjerit.

"Sekejap sahaja lagi!"

Mana satu reaksi kita? Tersenyumlah. Kemudian tanya diri kita, apa yang terlalu penting pada dunia sehingga ia menjadi sangat susah untuk ditinggalkan berbanding menyambut seruan Ilahi? Sedang berdakwah? Oh, jangan begitu. Rasulullah, manusia yang paling sibuk berdakwah kepada umatnya itu pun berhenti tika Tuhan memanggil untuk sujud kepada-Nya.

Ayuh. Tekan sebentar butang log out itu. Bangkit, sujud dan rukuk kepa Tuhan Yang Esa. Solat itu tidak semestinya lama, namun jangan pula tergesa-gesa. Ikhlaskan hati. Kemudian, teruskanlah kehidupan kita seperti biasa sebagai seorang hamba yang benar-benar ingin ke Syurga-Nya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...